send link to app

cariklinik.com app for iPhone and iPad


4.8 ( 2368 ratings )
Medical
Developer: LOCUM NET ASIA SDN BHD
Free
Current version: 1.0, last update: 1 year ago
First release : 03 Feb 2021
App size: 7.14 Mb

Dengan adanya cariklinik.com ini, kami dapat meningkatkan akses informasi rakyat terhadap institusi kesihatan di Malaysia. Hasilnya, platform ini akan dapat membantu orang awam membuat keputusan berkaitan servis kesihatan dalam masa yang singkat dan tepat.

Ketepatan dan ketangkasan itu bukanlah hanya dapat menjimatkan masa dan wang, tetapi yang lebih penting dapat mengurangkan kesakitan fizikal dan mental yang selama ini terpaksa ditanggung oleh keseluruh pelanggan industri kesihatan.

Di samping itu juga, kami maklum akan ekosistem kesihatan ini mempunyai pelbagai pemain industri dari segi temujanji, giliran dan sistem konsultasi.

Oleh yang demikian, cariklinik.com akan menggalas misi utk menintergrasi pelbagai sistem di Malaysia agar kami menjadi pintu masuk kepada industri ini. Kemungkinan, tiada lagi keperluan untuk anda melawat setiap laman sesawang institusi-institusi kesihatan atau secara fizikal pergi dari suatu institusi ke institusi lain hanya sekadar ingin memilih servis yang sesuai untuk anda.

Industri kesihatan juga dipenuhi dengan pelbagai maklumat yang mungkin asing bagi kita rakyat negara ini seperti perkataan gynaecology, orthopaedic dan paediatric. Kita bukan berbicara tentang tahap pembalajaran rakyat kita, tetapi kita sedang berbicara tentang nyawa insan di negara ini. Mungkin kita hanya pandang enteng erti nyawa pekerja buruh dan peluh si petani, tetapi mereka ini mungkin ibu atau bapa kepada bakal perdana menteri kita akan datang.

Oleh yang demikian, kami di cariklinik.com cuba sedaya upaya menterjemah penggunaan kata-kata asing ini kepada bahasa ibunda kita semua. Agar dengan ini, kita dapat memberikan akses kepada semua, tidak mengira bangsa, agama atau warna kulit.

cariklinik.com ini adalah yang PERTAMA di Malaysia. Menjadi yang PERTAMA ada kebaikannya dan kekurangannya. Namun, kami percaya, dengan sokongan SELURUH rakyat Malaysia, kami mampu mengorak langkah lebih jauh. Kami berharap, anda sentiasa memberikan cadangan dan komen membina agar kami terus membesar dengan jayanya.